Sunday, 27 January 2013

#RCI SABAH: JANGAN BUAT KESIMPULAN, TUNGGU HASIL SIASATAN.


Rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak perlu menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kesimpulan mengenai motif di sebalik pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing pada masa lampau. Ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku.

Sekiranya testimoni dari sesetengah pihak diterima bulat-bulat sebagai perkara sebenar, kita mungkin terperangkap dengan mempercayai sumber yang belum tentu sahih daripada satu hakikat kebenaran yang rumit. Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Perkara sebegini merupakan kebiasaan dalam siasatan yang dikendalikan secara terbuka dan berhemah.

Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu kontroversi yang telah menjadi perbalahan dalam politik di Sabah selama lebih dari tiga dekad. Langkah ini menunjukkan kesediaan Kerajaan untuk menerima kebenaran tanpa mengira implikasi yang bakal ditimbulkan. Kebenaran yang bakal terungkai dari hasil siasatan ini akan membebaskan penduduk Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dari keraguan dan syak wasangka yang telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan etnik di Sabah.

Namun demikian, dalam konteks ini, rakyat tidak seharusnya terlepas pandang mengenai satu aspek kritikal dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing; iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an. Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan.

Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan. Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud.

Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara. Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India  telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia.

Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran. Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiri dari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati.

Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara. Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.


Sunday, 20 January 2013

#RCI : SIASAT SIAPA DALANG BAWA PENDATANG PAPUA NEW GUINEA, TORAJA & SOLOMON KE SABAH!

WAJAH ORANG-ORANG DARI KEPULAUAN SOLOMON SEMAKIN RAMAI DI SABAH
Ramai di kalangan kita hanya kenal Keningau kerana Ribut Greg yang menghancurkan bukan sahaja harta benda tetapi beribu-ribu nyawa. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa Pelampau-Pelampau Kristian yang dinaungi oleh Institute Devolopment For Sabah (IDS) yang diketuai Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika itu dengan dibantu oleh NGO-NGO Yahudi seperti NDI dan KF di German telah membawa masuk orang-orang Kristian di Keningau khususnya.


Di sebuah petempatan ulu, berdekatan kawasan Ribut Greg di Keningau, mereka ketika itu turut dibantu oleh Gereja-Gereja di Sabah yang kebetulannya kerajaannya juga diketuai oleh seorang Kristian, telah membawa masuk orang-orang Timor (dipanggil Om) dari Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Orang-Orang Toraja dari Sulawesi Utara yang beragama Kristian dengan tujuan untuk menjadikan negeri Sabah negeri Kristian dan agama Kristian menjadi agama Rasmi negeri Sabah.


ORANG PAPUA NEW GUNIEA BERAGAMA KRISTIAN DIPANGGIL "OM". SIAPA BAWA MEREKA KE SABAH, KINI SUDAH SEMAKIN RAMAI DI SABAH

Orang-Orang Toraja ini kebanyakannya tidak mempunyai agama di tanah asal mereka di Sulawesi Utara. Pelampau-pelampau Kristian di Sabah telah membawa mereka masuk ke Sabah dengan memperkenalkan bangsa ini sebagai  Bugis-Toraja. Walhal dalam bangsa Bugis tidak ada yang bernama Bugis Toraja. 

Kerana bangsa Bugis semuanya beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang-orang Melayu dan berasal dari Sulawesi Selatan. 


ORANG TORAJA DI SULAWESI UTARA YANG BERAGAMA KRISTIAN MENGAKU SEBAGAI BANGSA BUGIS DI SABAH UNTUK MENGELIRUKAN 
Sedangkan orang Toraja tidak beragama Islam, hanya berbahasa Melayu  dan juga mengamalkan sedikit-sedikit budaya orang Melayu dan berasal dari Sulawesi Utara. Mereka sengaja mengelirukan kita semua.

Suruhanjaya RCI Sabah telah lari dari tujuan dan skop mereka apabila memberi tekanan hanya kepada orang-orang Islam sahaja, walhal di sebalik semua ini pelampau-pelampau Kristian di Sabah, Gereja-Geraja di Sabah, NGO-NGO Kristian di Sabah, IDS dengan dibantu NDI, KF, Pertubuhan Kristian Asia Tenggara membawa masuk orang-orang Papua New Guniea, Kepulauan Solomon dan orang-orang Toraja dari Sulawesi Utara untuk meramaikan orang Kristian di Sabah!

RCI , jika kamu mendiamkan diri akan hal ini, kami boleh beri kamu nama-nama mereka yang mendapat IC melalui gerakan Kristian dan IDS semasa Datuk Jeffrey Kitingan!

Sumber Artikel: http://mymassa.blogspot.com/2013/01/rci-siasat-siapa-dalang-bawa-pendatang.html

Thursday, 17 January 2013

#RCI: Bukti Kerajaan BN Telus



Penubuhan RCI itu membuktikan Kerajaan BN telus. Mana kerajaan dalam dunia ni "perfect". Sesuatu keputusan dibuat berdasarkan keadaan semasa. Contoh: Kalau Dr Mahathir dengar cakap IMF/Anuar masa krisis kewangan 1997/1998 Malaysia dah lama lingkup dan dunia "perniagaan" yg rata-rata diceburi oleh kaum cina mungkin "hancor". 

Isu pendatang tanpa izin diSabah wujud sejak Malaysia belum ditubuhkan, bukan cerita baru. Cuma bezanya kerajaan Philipina tak ambil kisah nak selesai masalah tu. Jadi bila Sabah jadi sebahgian Malaysia, kerajaan BN terpaksa 'perah otak' nak selesaikan. 

Cara mana? itu hak kerajaanlah asal jangan langgar undang negara.
Betul juga kata Tun. Masa PM pertama terima "bangsa asing" jadi warganegara tak ada siapa persoalkan. Kerana apa? Pasal ikut undang2 dan perlembagaan. Soal siapa nak sokong parti mana itu adalah hak mereka. Contoh lagi: Pada satu ketika pelarian Brunei diberi suaka politik diMalaysia oleh kerajaan BN. Bila mereka dah jadi warganegara M'sia dan berkahwin dengan orang tempatan, ada yg menjadi ahli dan penyokong PAS atau PKR. Salah ke?

 DALAM ISU RCI tentang pendatang tanpa izin di Sabah, jangan nak salahkan kerajaan BN je. Kerajaan nak cari penyelesaian dan bukan nak tambah masalah.

#RCI: Tiba-Tiba Azmin Ali Panas Punggung...




Sekarang sedang berlangsung siasatan Suruhanjaya Di Raja bagi isu pendatang asing di Sabah. Seperti yang kita semua sedia maklum, beberapa hari kebelakangan ini keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi banyak yang terkena kepada pihak kerajaan BN.

Apa lagi ???

Bersorak-sarailah juak-juak pembangkang menghentam BN dan Umno....

Tup....tup....tiba-tiba sahaja semalam si lelaki jamban PKR, Azmin Ali bersuara menyatakan ada percubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dalam penyiasatan yang sedang berlangsung.
Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.


"Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.

Pelik kan ???

Tiba-tiba Azmin mula terasa panas bontot.....

Kenapa hah ?

Hanya dia dan Anwar yang tahu kenapa mereka gelabah.....

Sebelum nama Anwar Ibrahim dan namanya keluar adalah lebih baik dia beritahu awal-awal bahawa nama Anwar akan dikaitkan. Bila keluar nama mereka nanti, maka cepat-cepatlah dijawab itu semua fitnah....fitnah....fitnah....

Min....kalau tak makan cili jangan bimbang  pedasnya tidak akan terasa.....


#RCI Di Sabah

Petikan dari Mymassa.....

1. ISU Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah telah dibangkitkan sekian lama oleh banyak pihak baik oleh komponen BN di Sabah mahupun parti-parti pembangkang seperti SAPP.

2. Mymassa telah memulakan kajian di mana terdapat Kekeliruan yang sengaja diapi-apikan oleh pihak-pihak tertentu khususnya semasa mencari jalan penyelesaian isu ini. Mymassa dapati di antara kekeliruan yang tidak dinyatakan dengan jelas adalah seperti berikut :-

PEKERJA ASING
Di Sabah khususnya dalam bidang Perladangan Kelapa Sawit, Koko atau Getah, hampir 100% pekerja buruh ladang-ladang tersebut daripada menanam, membaja, membersihkan, mengambil hasil, pemandu lori dan sebagainya adalah pekerja asing. Mereka ini khususnya dari Indonesia, Filipina dan sedikit dari Nepal, Mynmar dan Bangladesh.

Dalam bidang bangunan konkrit seperti tukang kayu, simen, membuat bangunan, dan seumpamanya kebanyakannya dari Filiphina dan Indonesia.

Bagaimana mereka datang? Kebanyakan mereka datang melalui agen-agen pekerja asing yang terdapat di Sabah dan juga di luar negara. Kebanyakan mereka ini mempunyai pas pekerja asing yang dibenarkan. Di Sabah, jika semua Pekerja Asing dihantar balik, nescaya Malapetaka Ekonomi akan berlaku di mana kilang-kilang sawit akan ditutup, ladang-ladang akan musnah tanpa hasil, dan ianya akan menjejaskan ekonomi negeri Sabah. Tidak percaya? Anda boleh membuat kajian sendiri di sana.

Maka desakan-desakan oleh pihak tertentu dikira tidak rasional dan hanya berbunyi emosi. 

PENDATANG ASING
Isu yang besar ini juga perlu diperhalusi. Negeri Sabah yang bersempadan dengan negara Indonesia dan negara Filipina, samalah juga keadaannya dengan Negeri Kelantan dan Perlis yang bersempadan dengan negara Thailand.

Apakah orang Melayu di Narathiwat, Patani dan Satun yang mempunyai keluarga di Kelantan, Kedah dan Perlis yang merentasi sempadan setiap hari sepertimana di Sg Golok layak digelar Pendatang Asing, atau pelawat keluarga dan sebagainya? Bagaimana dengan orang Cina di Singapura yang setiap hari melawat keluarga mereka di Johor.

Apakah perniagaan Barter Trade yang masih popular di Tawau misalnya, orang Indonesia menjual pisang, ubi, sayur, koko, kelapa sawit ke Sabah, sebaliknya orang Sabah menjual minyak masak, gula, beras dan sebagainya, hendak dikategorikan bagaimana?

SAPP terutamanya perlu juga membuat Kajian Terperinci berapa ramai orang Cina dari negara China, Cina Taiwan khususnya Cina Indonesia yang datang ke Sabah, menetap di Sabah, berniaga di Sabah, menjadi rakyat Sabah cara bagaimana dan akhirnya anak cucu mereka menjadi rakyat Sabah yang mereka sembunyikan daripada dipersoal, dikaji dan dicartakan jumlah mereka? 


Jika anda ke gereja-gereja di Sabah hari ini, didapati wajah-wajah yang asing bukan Kadazan, bukan Cina Sabah, asing sekali wajah dan tutur kata mereka dengan masyarakat tempatan Sabah. Dari manakah pula mereka, mereka seperti orang Timor Timur, ada yang menyebutnya sebagai bangsa Toraja, Om, Cina bukan Cina Sabah dan sebagainya. Mereka ini pernahkah anda dengar mereka persoalkan khususnya parti SAPP yang begitu rakus menjadi hero berat sebelah?

Jika mereka bercakap dari sudut Sejarah, mereka patut pergi mengkaji di Universiti-Universiti di Belanda di mana banyak tersimpan manuskrip-manuskrip lama sebelum British menjajah Sabah. Ketika itu, daerah Tawau dan Sabah, dalam kajian beberapa pensyarah UMS dan pengkaji luar dari Australia dan Belanda, menunjukkan sebelum British menguasai kawasan Pantai Timur Sabah, kawasan-kawasan itu sudah pun mempunyai Pentadbiran Sendiri yang diketuai oleh orang-orang Melayu dari suku Bajau, Banjar dan Bugis. (Kita akan kupas Thesis tersebut selepas ini). 


Realiti semasa
RCI di Sabah patut melihat dari pelbagai aspek yang lebih tepat, contohnya jika terdapat warga asing yang baru sampai di Sabah sememangnya mereka adalah warga asing. Tetapi jika warga asing itu mempunyai keluarga di Sabah kerana kedudukan geografi yang bersempadan sebagaimana orang Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis, maka kajian, jumlah, demografi, dan sejarah mereka perlu diperjelas dengan lebih tepat.


Di Sabah, anda tidak boleh bercakap hanya orang Islam Indonesia atau Islam Filiphina sahaja perlu disiasat dalam RCI itu. Anda juga mesti meminta RCI menyiasat dengan lebih telus pendatang-pendatang Cina dari China, Cina Taiwan, Cina Indonesia, orang Timor-Timur dan seumpamanya? 

RCI juga perlu menjelaskan di dalam laporan mereka berapakah Jumlah mereka yang telah memohon menjadi Warganegara Malaysia dan berjaya, dan berapa yang gagal? Ketelusan penting, kerana kita tidaklah hendak hanya didesak, dituduh dan diputarbelitkan walhal hakikat sebenarnya tidak sebegitu.

Adakah SAPP mempunyai Data orang Cina dari China, orang Cina Taiwan dan Cina Indonesia yang sudah menjadi rakyat Sabah dan mengundi? Kalau tiada minta SAPP tutup mulutlah, semua orang pun tahu asal-usul Presiden SAPP...