Friday 3 May 2013

#GE13 #Pilihanraya Umum ke 13 #Sabah

Tinggal lagi 2 hari sahaja lagi untuk kita bertemu dengan hari yang selama ini kita nantikan. Pilihanraya Umum Ke 13 dan fokus MKB mestilah pada negeri Sabah yang tercinta. Selama ini MKB merasakan sangat bertuah kerana dapat berada di bumi yang bertuah ini. Dibawah pimpinan YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, Sabah telah banyak berubah daripada landskap politik dan sosio ekonomi. Sekalung tahniah buat Ketua Menteri Sabah yang berjaya memacu pertumbuhan ekonomi Sabah sehingga dikenali bukan sahaja di Asia tetapi di seantero dunia.



Hasil Kerajaan Negeri Sabah meningkat secara konsisten sejak 2007 iaitu RM2.2 billion dan meningkat kepada RM2.9 billion pada tahun 2012. Dibawah payung BN, beliau telah melonjakkan nama Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai kedudukan kewangan yang terbaik berbanding negeri-negeri lain dibawah pemerintahan pembangkang.

sumber:http://bongkersz.com/wp-content/uploads/2013/04/wpid-1367004672657.jpg
Jadi seharusnya sebagai rakyat yang berfikiran matang, kita boleh menilai yang mana intan yang mana permata. Ayuh kawan-kawan sekalian, MKB menyeru supaya jangan dipertaruhkan keamanan dan keharmonioan serta perpaduan yang telah dicapai dengan mengundi individu yang tidak pernah mempunyai pengalaman mentadbir sebuah negeri yang bertuah seperti negeri Sabah. 5/5/2013..TATAP BN


HARGAILAH KEAMANAN YANG KITA TELAH KECAPI SELAMA INI.......


No comments:

Post a Comment