PAS Kelantan menerusi mulut Pesuruhjayanya, Nik Aziz dah keluarkan kenyataan sebelum ini bahawa PAS Kelantan akan menghalau orang-orang luar dari bertanding di negeri itu. Lebih tepat lagi, PAS sendiri akan membanyakkan calon mereka sendiri dan tidak akan menyerahkan kerusi selamat kepada PKR.
Pada 26 Februari nanti, Anwar akan turun ke tiga kawasan iaitu Pasir Puteh, Bachok dan Machang untuk menampal semula kebocoran.
Anwar dan PKR berada dalam keadaan yang sangat terdesak. Moral mereka telah jatuh teruk. Ke mana-mana sahaja Anwar pergi, sambutan untuknya sudah tidak seperti dahulu. Bahkan lebih ramai pula yang mengeji dan melahirkan tentangan secara terbuka terhadap Anwar Ibrahim dan para penceramah PKR.
Dek kerana itulah, Anwar datang ke Kelantan selepas berjaya mendaratkan 'Tentera-Tentera Sulu' ke bumi Sabah.
Untuk lebih lanjut sila baca SINI
Thursday, 21 February 2013
Tuesday, 19 February 2013
TAHNIAH ANWAR - THE NEW HUGUAN SIOU
HUGUAN TALOU
|
EMEL DARI ORANG KADAZAN-DUSUN, Kami tak dapat nak ulas sebab kurang faham budaya orang Kadazan-Dusun, Just sharing...
ANWAR IBRAHIM GANTI PAIRIN HUGUAN SIOU
Ulasan Hermes di dalam Borneo Insider bertarikh 11 Februari 2013, tindakan Anwar Ibrahim kasi gaduh orang Islam dengan orang Kristian semakin menjadi-jadi. Kenapa Anwar Ibrahim tidak senang dengan keharmonian dan perpaduan di negara kita.
Tindakan tidak siuman PKR Ranau mengurniakan Anwar Ibrahim anugerah suci 'Huguan Siou Malaysia', di Ranau mencetuskan Penghinaan kepada kita orang pribumi di Sabah khususnya orang-orang Kadazan-Dusun. Huguan Siou adalah Ketua Suci orang Kadazan-Dusun. Datuk Pairin Kitingan adalah Huguan Siou sepanjang hayat sejak tahun 1984 selepas Tun Fuad Donald Stephens. Kenapa Anwar yang kotor diberi lebih tinggu kedudukannya iaitu “Huguan Siou Malaysia”. Betul-betul Pakatan Rakyat ini sudah gila babi!
Soalnya Sucikah Anwar berbanding Pairin Kitingan?
Apakah Sucinya Anwar Ibrahim diberi penghormatan menggantikan Datuk Pairin Kitingan sebagai “Huguan Siou”! Anwar hanya seorang Mamak Penang dari Malaya, sedangkan Pairin orang Kadazan-Dusun ori.
Apakah Sucinya Anwar diberi anugerah suci orang Kadazan? Lihatlah mangsa-mangsa liwat Anwar seperti Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Mior Abdul Razak, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid. Seks ini lelaki dengan lelaki tau!
Pernah kita dengar Datuk Pairin Meliwat lelaki? Datuk Pairin seorang Kristian Katolik yang taat kepada agamanya, wajahnya lebih berseri berbanding Anwar, tiba-tiba Anwar dapat Huguan Siou Malaysia, Pairin mau letak mana?
Hari itu, kita ingat Anwar sudah bertaubat semasa disuruh oleh si Karpal Singh. Tapi tengoklah kes terbarunya, Saiful Bukhari pembantu mudanya pun dia hantam. Seorang lagi pembantunya Rahimi berkata kepada bapanya, “Nasib baik aku berhenti cepat, kalau tidak aku pun kena liwat”, itulah kata Rahimi kepada bapanya.
Integriti Anwar dan Integriti Pairin
Bukan pasal seks saja, Integriti Anwar pun bermasalah! Anwar juga paksa peguam-peguam supaya menipu Mahkamah, menipu semua orang. Cuba kamu bayangkan pengakuan bekas Peguam Anwar ini, “Saya ditekan oleh Anwar, Anwar suruh Azilah mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh Azilah mengaku bahawa Najib terlibat, Rosmah pun terlibat. “
Hasil siasatan yang saya buat sendiri, saya dapati tuduhan mengatakan Rosmah berada di tempat pembunuhan, di Puncak Alam, Shah Alam pada hari kejadian adalah fitnah. Bila saya semak, Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, berbuka puasa dengan anak yatim. Ada gambar dia, ada bukti.(Bekas Peguam Anwar,YB Zulkifli Nordin,Bentong,Pahang,3 Feb 2011)
Anwar paksa saya, “Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya. Akhirnya pada tahun 2009, Zulkifli meletakkan jawatan. Inikah manusia suci yang ditabalkan Huguan Siou!
Apa pula kata Hakim yang membebaskan Anwar pada tahun 2004 dulu:
“Ketiga-ketiga hakim, termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar berkata Anwar dibebaskan tetapi mereka mengakui bahawa aktiviti Liwat memang berlaku. Penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan jelas menyebut Anwar seorang homoseks. Anwar dibebaskan kerana kekalahan teknikal di mana Azizan tidak dapat mengingati masa kena liwat dengan tepat. Inikah manusia yang mau jadi “Huguan Siou”! Pantang nenek-nenek kita melihat Huguan Siou yang punya perangai jelek dan buruk macam ini! Patutkah kita undi manusia seperti ini dan partinya dalam Pilihanraya nanti?
Si Jonathan Yasin ini pula, Ketua PKR Ranau dengan bangga menunjukkan dalam FBnya gambar Anwar pakai topi Kadazan Dusun dan kain 'Huguan Siou' sekitar bahunya dengan caption : "DS Anwar Ibrahim telah dinobatkan sebagai Huguan Siou Malaysia di Kg Paginatan, Ranau-10/2/13".
Gila punya kerja! Ini betul-betul Huguan Sial punya orang!
Thursday, 14 February 2013
KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR
Rundingan ? |
Keselamatan
Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum
dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu,
Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.
Sebelum
ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu
dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.
Kehadiran
kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui
sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan
ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur
Misuari.
Sahabat Kamcing Anwar |
Mereka
diperalatkan oleh elemen luar dan hal
ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari
memang telah lama wujud dan diketahui umum.
"Jika Datuk Seri
Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu
mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing
Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan
MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”)
Ketika Nur Misuari
memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim
adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.
"Saya menentang
Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan
Sulu).
Mereka Berkawan Sejak Sekian Lama |
Hubungan
lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan
Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.
Dalam
suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4
bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta
bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar
kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
Situasi
ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan
nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan
keadaan.
Dalam
tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan
kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah
mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan
keamanan Malaysia khususnya di Sabah.
Hari
ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan
di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan
Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti
IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi
kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).
Anwar
menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya
wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak
dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan
Anwar akan mengambil kesempatan.
Seperti
sebelum ini, Anwar sanggup melakukan apa
sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan
dan kedaulatan negara.
Elemen
luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar
Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah
berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF.
(Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan
Misuari)
Adakah
ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada
PRU 13 nanti?
Subscribe to:
Posts (Atom)