Thursday 17 January 2013

#RCI Di Sabah

Petikan dari Mymassa.....

1. ISU Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah telah dibangkitkan sekian lama oleh banyak pihak baik oleh komponen BN di Sabah mahupun parti-parti pembangkang seperti SAPP.

2. Mymassa telah memulakan kajian di mana terdapat Kekeliruan yang sengaja diapi-apikan oleh pihak-pihak tertentu khususnya semasa mencari jalan penyelesaian isu ini. Mymassa dapati di antara kekeliruan yang tidak dinyatakan dengan jelas adalah seperti berikut :-

PEKERJA ASING
Di Sabah khususnya dalam bidang Perladangan Kelapa Sawit, Koko atau Getah, hampir 100% pekerja buruh ladang-ladang tersebut daripada menanam, membaja, membersihkan, mengambil hasil, pemandu lori dan sebagainya adalah pekerja asing. Mereka ini khususnya dari Indonesia, Filipina dan sedikit dari Nepal, Mynmar dan Bangladesh.

Dalam bidang bangunan konkrit seperti tukang kayu, simen, membuat bangunan, dan seumpamanya kebanyakannya dari Filiphina dan Indonesia.

Bagaimana mereka datang? Kebanyakan mereka datang melalui agen-agen pekerja asing yang terdapat di Sabah dan juga di luar negara. Kebanyakan mereka ini mempunyai pas pekerja asing yang dibenarkan. Di Sabah, jika semua Pekerja Asing dihantar balik, nescaya Malapetaka Ekonomi akan berlaku di mana kilang-kilang sawit akan ditutup, ladang-ladang akan musnah tanpa hasil, dan ianya akan menjejaskan ekonomi negeri Sabah. Tidak percaya? Anda boleh membuat kajian sendiri di sana.

Maka desakan-desakan oleh pihak tertentu dikira tidak rasional dan hanya berbunyi emosi. 

PENDATANG ASING
Isu yang besar ini juga perlu diperhalusi. Negeri Sabah yang bersempadan dengan negara Indonesia dan negara Filipina, samalah juga keadaannya dengan Negeri Kelantan dan Perlis yang bersempadan dengan negara Thailand.

Apakah orang Melayu di Narathiwat, Patani dan Satun yang mempunyai keluarga di Kelantan, Kedah dan Perlis yang merentasi sempadan setiap hari sepertimana di Sg Golok layak digelar Pendatang Asing, atau pelawat keluarga dan sebagainya? Bagaimana dengan orang Cina di Singapura yang setiap hari melawat keluarga mereka di Johor.

Apakah perniagaan Barter Trade yang masih popular di Tawau misalnya, orang Indonesia menjual pisang, ubi, sayur, koko, kelapa sawit ke Sabah, sebaliknya orang Sabah menjual minyak masak, gula, beras dan sebagainya, hendak dikategorikan bagaimana?

SAPP terutamanya perlu juga membuat Kajian Terperinci berapa ramai orang Cina dari negara China, Cina Taiwan khususnya Cina Indonesia yang datang ke Sabah, menetap di Sabah, berniaga di Sabah, menjadi rakyat Sabah cara bagaimana dan akhirnya anak cucu mereka menjadi rakyat Sabah yang mereka sembunyikan daripada dipersoal, dikaji dan dicartakan jumlah mereka? 


Jika anda ke gereja-gereja di Sabah hari ini, didapati wajah-wajah yang asing bukan Kadazan, bukan Cina Sabah, asing sekali wajah dan tutur kata mereka dengan masyarakat tempatan Sabah. Dari manakah pula mereka, mereka seperti orang Timor Timur, ada yang menyebutnya sebagai bangsa Toraja, Om, Cina bukan Cina Sabah dan sebagainya. Mereka ini pernahkah anda dengar mereka persoalkan khususnya parti SAPP yang begitu rakus menjadi hero berat sebelah?

Jika mereka bercakap dari sudut Sejarah, mereka patut pergi mengkaji di Universiti-Universiti di Belanda di mana banyak tersimpan manuskrip-manuskrip lama sebelum British menjajah Sabah. Ketika itu, daerah Tawau dan Sabah, dalam kajian beberapa pensyarah UMS dan pengkaji luar dari Australia dan Belanda, menunjukkan sebelum British menguasai kawasan Pantai Timur Sabah, kawasan-kawasan itu sudah pun mempunyai Pentadbiran Sendiri yang diketuai oleh orang-orang Melayu dari suku Bajau, Banjar dan Bugis. (Kita akan kupas Thesis tersebut selepas ini). 


Realiti semasa
RCI di Sabah patut melihat dari pelbagai aspek yang lebih tepat, contohnya jika terdapat warga asing yang baru sampai di Sabah sememangnya mereka adalah warga asing. Tetapi jika warga asing itu mempunyai keluarga di Sabah kerana kedudukan geografi yang bersempadan sebagaimana orang Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis, maka kajian, jumlah, demografi, dan sejarah mereka perlu diperjelas dengan lebih tepat.


Di Sabah, anda tidak boleh bercakap hanya orang Islam Indonesia atau Islam Filiphina sahaja perlu disiasat dalam RCI itu. Anda juga mesti meminta RCI menyiasat dengan lebih telus pendatang-pendatang Cina dari China, Cina Taiwan, Cina Indonesia, orang Timor-Timur dan seumpamanya? 

RCI juga perlu menjelaskan di dalam laporan mereka berapakah Jumlah mereka yang telah memohon menjadi Warganegara Malaysia dan berjaya, dan berapa yang gagal? Ketelusan penting, kerana kita tidaklah hendak hanya didesak, dituduh dan diputarbelitkan walhal hakikat sebenarnya tidak sebegitu.

Adakah SAPP mempunyai Data orang Cina dari China, orang Cina Taiwan dan Cina Indonesia yang sudah menjadi rakyat Sabah dan mengundi? Kalau tiada minta SAPP tutup mulutlah, semua orang pun tahu asal-usul Presiden SAPP...

No comments:

Post a Comment