Thursday 21 February 2013

#LahadDatu...konspirasi Anwar?

PAS Kelantan menerusi mulut Pesuruhjayanya, Nik Aziz dah keluarkan kenyataan sebelum ini bahawa PAS Kelantan akan menghalau orang-orang luar dari bertanding di negeri itu. Lebih tepat lagi, PAS sendiri akan membanyakkan calon mereka sendiri dan tidak akan menyerahkan kerusi selamat kepada PKR. 

Pada 26 Februari nanti, Anwar akan turun ke tiga kawasan iaitu Pasir Puteh, Bachok dan Machang untuk menampal semula kebocoran. 

Anwar dan PKR berada dalam keadaan yang sangat terdesak. Moral mereka telah jatuh teruk. Ke mana-mana sahaja Anwar pergi, sambutan untuknya sudah tidak seperti dahulu. Bahkan lebih ramai pula yang mengeji dan melahirkan tentangan secara terbuka terhadap Anwar Ibrahim dan para penceramah PKR. 

Dek kerana itulah, Anwar datang ke Kelantan selepas berjaya mendaratkan 'Tentera-Tentera Sulu' ke bumi Sabah. 

Untuk lebih lanjut sila baca SINI

1 comment:

  1. Salam Tuan tanah, saya mohon jasa baik tuan sudi link kan blog saya kedalam blog sahabat. Kerjasama Tuan saya dahului ribuan terima kasihhttp://kembalakenterprise.blogspot.com

    ReplyDelete