Thursday 8 November 2012

LAGI MENGENAI #LYNAS


Kuching,8 November - MKB sekadar nak share beberapa klip berkaitan ngan LYNAS. Sebelum ini pun dah memang terbukti LYNAS tidak memberi kesan yang negatif kepada negara. Boleh go through klip ni dan nilaikan sendiri.

Telah banyak bukti-bukti yang telah dikeluarkan! Tonton kebenarannya!








Tahniah Kepada Fuziah Salleh !! yang berjaya membantu Kerajaan merungkai kebenaran Lynas! Yahoo BN Menang! PR Kalah isu ini!

GEMPAR! #LYNAS TEWAS DI TANGAN PEMBANGKANG?


 
Berita yang pasti menggemparkan dan menyayat hati Pakatan Haram Pembangkang. Sila baca : 
 


KUANTAN: Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) hari ini dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.
 
"Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon (penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini," katanya.

VIDEO BERITA KEKALAHAN PEMBANGKANG 
Sebelum ini penduduk Kuantan yang diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP.
Pihak Lynas membuat permohonan untuk menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman terhadap permohonan penduduk Kuantan yang mencabar keputusan dua responden (MOSTI dan AELB) dalam pemberian TOL kepada Lynas sebelum ini.

Hakim juga dalam penghakimannya turut membenarkan Lynas menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman itu di mana tarikh semakannya belum diputuskan lagi.

Dalam pada itu, Vendargon ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan merayu terhadap keputusan itu dalam masa dua hari. Selain Vendargon, pemohon diwakili oleh Hon Kai Ping, R. Sarengapani, Anne Marie dan Gene Anand Vendargon manakala kedua-dua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, Datin Noor Azzah Abdul Aziz dan Laila Muhamad Bostaman. Lynas pula diwakili oleh Sunil Abraham, Wong Kah Hui and Emily Chin. - BERNAMA
 
Dan ini pula beberapa fakta tentang Lynas yang perlu kita tahu :
  1. Maklumat Lynas adalah berdasarkan Fakta Saintifik yang boleh di uji dan di bukti.
  2. Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan bagi menyemak
  3. Laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar
  4. Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri

Kilang Lynas TIDAK MERBAHAYA kepada orang awam, persekitaran dan pekerja Lynas Corporation sendiri kerana
  1. Kilang Lynas BUKAN KILANG NUKLEAR..Ia hanya kilang kimia biasa
  2. Mengikut undang-undang pengangkutan antarabangsa bahan Lynas tidak tersenarai sebagai bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah rendah
  3. Dedahan radiasi kepada orang awam adalah sangat rendah
  4. Pelepasan air dan udara daripada kilang Lynas tidak mewujudkan kehadiran bahan radioaktif
  5. Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mengikut garis panduan undang-undang antarabangsa dan Malaysia
Mengikut kajian pendedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun hanyalah 0.002mSv. Apakah angka dedahan radioasi yang membahayakan manusia? Mengikut undang-undang Malaysia dan antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia :
 
1) Orang Awam - tidak melebihi 1.0 mSv setahun
 
2) Pekerja sinaran - tidak melebihi 20mSv setahun
 
 

Lynas TIDAK SAMA dengan Asian Rare Earth (ARE), Bukit Merah :
  • Bahan mentah kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih 
  • Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan BAHAN BUANGAN. 
  • Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE Bukit Merah 
  • Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas 
  • Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas

Segala butir- butir mengenai LYNAS di dalam 3 video di bawah adalah benar dan mengkantoikan Pembohongan dan Fitnah jijik Parti Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. 


 

Kita sebagai rakyat Malaysia selepas ini akan pasti tidak akan mempercayai lagi dengan dakyah-dakyah pembangkang yang sememangnya penuh dengan penipuan dan agenda busuk fitnah! Sememangnya Pakatan Pembangkang sudah pasti kecundang di dalam PRU 13.

Wednesday 7 November 2012

Sultan Selangor Terkejut dan Kesal Dengan Kenyataan Nurul Izzah !!!!


SHAH ALAM 6 Nov. - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), 

Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam. 

"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, MAIS akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahukan amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu. 

Bagaimana pun semalam, selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial Facebook-nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu. 

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan. 

"Bagaimana pun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam. Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," katanya. 

Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada. 

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam. 

"MAIS bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Walau apapun, MAIS mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," katanya. - BERNAMA

Perngertian Istilah Kebebasan Beragama Daripada Pandangan Nurul Izzah


Kota Kinabalu 7 Nov 2012-Kes Nurul Izzah berhubung kenyataannya mengenai kebebasannya disifatkan sebagai tersalah cakap ataupun tersalah tafsir oleh penyokong-penyokongnya.

Apa yang MKB nak bangkitkan disini adalah: 

1.Nurul Izzah menyatakan kebebasan Beragama bukan sahaja terakhluk kepada orang bukan Melayu malah org Melayu pon perlu diberi kebebasan agama.
2. Isunya di sini adalah apa maksud kebebasan beragama kpd orang orang Melayu?
3. Namun Nurul Izzah membuat kenyataan bahawa dia tidak menyokong murtad!

Kebebasan beragama kepada orang Melayu bukan memperjuangkan orang Melayu boleh tukar agama kah? Tukar agama bukan murtadkah?

MKB nampak Nurul Izzah pening dengan dirinya sendiri.Akhbar SINAR semalam melaporkan bahawa Anwar telah mempertahankan anaknya dengan menyatakan ianya adalah konspirasi UMNO!



                                                       *credit to themalaysiainsider.com

MKB ingin nasihatkan kepada Nurul Izzah jangan salah gunakan bakat berpidato yang sedia ada tuh. Sebelum mengeluarkan apa-apa fakta watla dulu kajian untuk mengelakkan malu dikemudian hari.

Monday 5 November 2012

Angin Monsun Hujung Tahun

Sekarang dah masuk bulan November..pejam celik dh nak masuk ujung tahun..x seperti taun lepas, taun ni MKB dapati ujan turun agak lebat dan agak kerap.bleh dikatakan tiap2 ari ujan..basuh baju pun x kering2.So nasihat  MKB sentiasa alert ngan amaran2 tentang banjir, tanah runtuh dan sebagainya...bulan disember ni gak muim cuti sekolah..so please perhatikan anak masing2..jangan sampai ada yang terkorban..MKB x suggestkan untuk semua pegi ke Air Terjun Kionsom wat masa ni untuk aktiviti riadah bersama keluarga.. agak merbahaya sekiranya kepala air datang...apa pun selamat balik kampung pada sesapa yang akan bw anak2 balik kampung dan bercuti...berhti2 ketika memandu...jmpa lagi..