Thursday, 8 November 2012

GEMPAR! #LYNAS TEWAS DI TANGAN PEMBANGKANG?


 
Berita yang pasti menggemparkan dan menyayat hati Pakatan Haram Pembangkang. Sila baca : 
 


KUANTAN: Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) hari ini dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.
 
"Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon (penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini," katanya.

VIDEO BERITA KEKALAHAN PEMBANGKANG 
Sebelum ini penduduk Kuantan yang diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP.
Pihak Lynas membuat permohonan untuk menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman terhadap permohonan penduduk Kuantan yang mencabar keputusan dua responden (MOSTI dan AELB) dalam pemberian TOL kepada Lynas sebelum ini.

Hakim juga dalam penghakimannya turut membenarkan Lynas menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman itu di mana tarikh semakannya belum diputuskan lagi.

Dalam pada itu, Vendargon ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan merayu terhadap keputusan itu dalam masa dua hari. Selain Vendargon, pemohon diwakili oleh Hon Kai Ping, R. Sarengapani, Anne Marie dan Gene Anand Vendargon manakala kedua-dua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, Datin Noor Azzah Abdul Aziz dan Laila Muhamad Bostaman. Lynas pula diwakili oleh Sunil Abraham, Wong Kah Hui and Emily Chin. - BERNAMA
 
Dan ini pula beberapa fakta tentang Lynas yang perlu kita tahu :
  1. Maklumat Lynas adalah berdasarkan Fakta Saintifik yang boleh di uji dan di bukti.
  2. Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan bagi menyemak
  3. Laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar
  4. Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri

Kilang Lynas TIDAK MERBAHAYA kepada orang awam, persekitaran dan pekerja Lynas Corporation sendiri kerana
  1. Kilang Lynas BUKAN KILANG NUKLEAR..Ia hanya kilang kimia biasa
  2. Mengikut undang-undang pengangkutan antarabangsa bahan Lynas tidak tersenarai sebagai bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah rendah
  3. Dedahan radiasi kepada orang awam adalah sangat rendah
  4. Pelepasan air dan udara daripada kilang Lynas tidak mewujudkan kehadiran bahan radioaktif
  5. Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mengikut garis panduan undang-undang antarabangsa dan Malaysia
Mengikut kajian pendedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun hanyalah 0.002mSv. Apakah angka dedahan radioasi yang membahayakan manusia? Mengikut undang-undang Malaysia dan antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia :
 
1) Orang Awam - tidak melebihi 1.0 mSv setahun
 
2) Pekerja sinaran - tidak melebihi 20mSv setahun
 
 

Lynas TIDAK SAMA dengan Asian Rare Earth (ARE), Bukit Merah :
  • Bahan mentah kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih 
  • Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan BAHAN BUANGAN. 
  • Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE Bukit Merah 
  • Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas 
  • Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas

Segala butir- butir mengenai LYNAS di dalam 3 video di bawah adalah benar dan mengkantoikan Pembohongan dan Fitnah jijik Parti Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. 


 

Kita sebagai rakyat Malaysia selepas ini akan pasti tidak akan mempercayai lagi dengan dakyah-dakyah pembangkang yang sememangnya penuh dengan penipuan dan agenda busuk fitnah! Sememangnya Pakatan Pembangkang sudah pasti kecundang di dalam PRU 13.

4 comments:

  1. gagal lagi plan ANUAR nak menjahanamkan Malaysia....agak agak apa dia nak jawab pada MASTER DEWATA RAYA SOROS selaku penyumbang dana politiknya bila semua plan nak melingkupkan Malaysia ni gagal??? SURARAM failed dlm isu kapal selam, Puziah Toron pun failed dlm isu Lynas....rafizi lembu jambu pun failed...yg tak pernah failed ialah aktiviti Nuar dl memburit china doll & menjubor jantan jantan jambu jer...hu..hu..hu....

    ReplyDelete
  2. Kegagalan berterusan dr puak pembngkang membuktikan perjuangan yang dilaungkn selama ni bersifat berpura2 semata. Masyarakat skang ni dh semakin celik menilai helah pembangkang.semoga dengn kebenaran terbaru ni puak pembangkang akan sedar perjuangan mengarut mereka selama ini sia-sia

    ReplyDelete
  3. Kebenaran kini menjadi milik LYNAS.. Malaysia ayuh kita teruskan tanpa was-was..

    Mohon tuan linkkan blog saya yer psywarriors.blogspot.com.

    Berkhidmat untuk Negara

    Tqvm..

    ReplyDelete