Sunday 5 May 2013

#GE13 #SABAH..Keputusan Pilihanraya

Finally..result dah kuar..Tahniah kepada BN kerana masih diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui Malaysia. Jadi, kepada semua YB yang dilantik oleh RAKYAT, sila jalankan tanggunbjawab anda kepada Agama, Bangsa dan Negara..

Saturday 4 May 2013

#GE13 #PRU13 #Sabah....Jom Pergi Mengundi





Tanggal 5 Mei 2013, selaras dengan hari pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), pemilih (pengundi) warganegara Malaysia yang berdaftar wajib mengikut beberapa langkah untuk mengundi.
 
Pertama sekali, sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.
 
Apabila tiba di pusat pengundian, anda perlu beratur di luar bilik mengundi dan hanya akan dibenarkan masuk oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk tersebut.
 
Seterusnya, kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda. 
 
Selepas itu, gerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari. 
 
Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga. 
 
Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. INGAT!!!ANDA HANYA BOLEH MEMILIH SATU CALON SAHAJA.
 
Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
 
Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.
 
Proses pengundian akan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang dilantik dan jika anda mempunyai pertanyaan, anda boleh rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.

Friday 3 May 2013

#GE13 #PRU13 #Sabah Terima Kasih #BN



Terima kasih..Terima Kasih..Terima Kasih..

Ucapan aku tujukan buat pentadbiran BN yang menerajui Negeri Sabah. Buat anak watan Sabah, anda pernah merasa dibawah pemerintahan pembangkang. Anda pasti tau keperitan dibawah pentadbiran pembangkang di Sabah. Ini adalah FAKTA...HAK anda dinafikan baik dari segi AGAMA, SOSIAL, PENDIDIKAN dan EKONOMI.... JANGAN NAFIKAN...

JADI..JANGAN PERTARUHKAN KEHARMONIAN, PERPADUAN DAN KEAMANAN YANG KITA SEDANG KECAPI..ESOK..ESOK..ESOK 5 MEI 2013 ADALAH HARINYA...BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK...TATAP BN BA!!!


#Bangla #KLIA Kebanjiran Bangla Di KLIA

Yahooo!!!!

2 hari lepas kecoh kata ramai bangla mendarat di KLIA. Konon-kononnya pengundi hantu untuk mengundi pada pilihanraya yang akan datang. Siap ada sumber-sumber yang konon-konon boleh dipercayai. Pilot la, ground crew la, pastu amik gambar bangla berbaris ngan bas kat luar airport. Dan konon-konon ada chatered flight dari BKI (Kota Kinabalu) ke KUL (Kuala Lumpur) dengan no penerbangan start dengan no 8 (contoh MH 8***) khas untuk bawa pengundi hantu (bangla la konon2nya..konon ek)

Ok...meh sini aku citer kat korang sikit apa yang aku tau dan base on pengalaman aku yang ddk kat sabah ni..jangan nak wat propa okay.

1st -Kebanjiran bangla di KLIA dari Sabah - wei...nak tergelak aku dgr statement ni. aku admit mmg ramai bangla kat Malaysia ni..Siap leh wat perkampungan bangla lagi..tapi tu kat KL nun..yang mmg existing ramai pekerja bangla..kat Sabah ni mana nak cekau bangla. Bangla x diterima kat masyarakat sabah occay. Even pekerja kontrak dia kat sini mmg pekerja local dan pekerja dari Indon dan Filipina yang ada permit. Datang Sabah sendiri dan kalo korang leh cari 50 orang bangla pun dah cukup bagus. Jadi..kenyataan bangla dibawa dari Sabah adalah MENGARUT dan TAK MASUK AKAL..MKB biasa landing kat KLIA dan nampak ramai bangla beratur masuk kerja kat Malaysia secara sah..dari dulu lagi..so jangan nak speculate bukan2..

2nd - Chatered Flight - AirAsia dengan MAS kan ada wat promosi untuk hari mengundi. dan kepada sesapa yang x penah naik kapal terbang atau naik sekali sekala (bukan nak mengata, just maklumkan..takut sentap) meh MKB nak bagitau. Untuk hari-hari tertentu (hari perayaan, cuti sekolah dan ofkoz PRU13), memang akan ada penambahan penerbangan sebab suma orang gunakan peluang ni nak balik kampung. MKB sendiri pernah naik flight dari SDK (Sandakan) ke KUL (Kuala Lumpur) dengan no penerbangan MH8***. So, ada apa hal? Raya setaun sekali punnnn, mmg ada extra flight, apatah lagi PRU yang 5 taun sekali ni. Jangan kata parti A je,..even parti B pun akan sponsor pengundi dia balik mengundi. Flight penuh, MAS dan AA tambah flight. Xde flight kan ada puak yang bising kata ada konspirasila itula inila..Apa Pun Nak Dipertikaikan/Difitnahkan/Diekspolitasikan (APND)..WATEVER.....

Apapun..tahniah kepada MAS dan AA sebab sediakan penerbangan tambahan untuk orang2 macam saya yang nak balik mengundi..Korang suma,..mengundi la dengan bijak..jangan pandai KOMPLEN jer...



#GE13 #Pilihanraya Umum ke 13 #Sabah

Tinggal lagi 2 hari sahaja lagi untuk kita bertemu dengan hari yang selama ini kita nantikan. Pilihanraya Umum Ke 13 dan fokus MKB mestilah pada negeri Sabah yang tercinta. Selama ini MKB merasakan sangat bertuah kerana dapat berada di bumi yang bertuah ini. Dibawah pimpinan YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, Sabah telah banyak berubah daripada landskap politik dan sosio ekonomi. Sekalung tahniah buat Ketua Menteri Sabah yang berjaya memacu pertumbuhan ekonomi Sabah sehingga dikenali bukan sahaja di Asia tetapi di seantero dunia.



Hasil Kerajaan Negeri Sabah meningkat secara konsisten sejak 2007 iaitu RM2.2 billion dan meningkat kepada RM2.9 billion pada tahun 2012. Dibawah payung BN, beliau telah melonjakkan nama Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai kedudukan kewangan yang terbaik berbanding negeri-negeri lain dibawah pemerintahan pembangkang.

sumber:http://bongkersz.com/wp-content/uploads/2013/04/wpid-1367004672657.jpg
Jadi seharusnya sebagai rakyat yang berfikiran matang, kita boleh menilai yang mana intan yang mana permata. Ayuh kawan-kawan sekalian, MKB menyeru supaya jangan dipertaruhkan keamanan dan keharmonioan serta perpaduan yang telah dicapai dengan mengundi individu yang tidak pernah mempunyai pengalaman mentadbir sebuah negeri yang bertuah seperti negeri Sabah. 5/5/2013..TATAP BN


HARGAILAH KEAMANAN YANG KITA TELAH KECAPI SELAMA INI.......


Thursday 2 May 2013

#Penjawat #Awam #Kera???? #WTF!!!!

Baru-baru ini aku sebagai penjawat awam rasa terhina dengan kenyataan daripada Tan Sri Hashim (perlu ke ada Tan Sri tu since dia dapat masa dia kerja sebagai penjawat awam) yang menggelarkan semua penjawat awam sebagai kera. Hashim mengatakan sedemikian sebagai respon terhadap beberapa penjawat awam yang dikatakan lembab dan malas ketika diberi tugasan atau menyiapkan sesuatu tugas. Ades…Hashim ni tau x ada berapa juta penjawat awam yang bekerja pada satu-satu masa???Bak kata primadona Saloma dalam citer Tiga Abdul “Takkanla dalam setandan pisang semuanya busuk??!!!” …Masa ko jadi General tu ko la bapak kera sebab ramai yang malas.




Pada pendapat MKB, Hashim make that stupid assumption just becoz mungkin ada permintaan dia yang mengarut lambat diproses oleh pihak yang berkenaan. Mengarut dalam konteks ni adalah permintaan yang lebih bersifat peribadi..Bro..sape yang nak layan kalo buat permintaan yang bukan-bukan??WTF!!! Then selamba tuduh orang kera..Well menepuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih..MKB merasakan Hashim merasa sentap apabila diketepikan setelah abis berkhidmat sebagai duta di Pakistan. (Duta la sangat kannnn)…Then he must admit that his service is suck (maybe) that’s why dia merasakan diri dia ketepikan. For me, cuba dia muhasabah diri dia sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur provokasi busuk..
Dengan kecekapan penjawat awam sekarang (bukan nak memuji tapi memanng sudah Nampak banyak pembaharuan) berbanding khidmat dari swasta (yang konon2 bagus tapi hampeh, suck and teruk yang amat), kita mempunyai sistem STAR Rating, sistem KPI yang menunjukkan kemantapan prestasi penjawat awam. Jadi kepada Hashim… “SILA BERDIRI DEPAN CERMIN DAN KATAKAN PADA DIRI SENDIRI – AKU (HASHIM) ADALAH KERA ITU”… 

Tuesday 30 April 2013

Gambar Tian Chua Berunding Dengan Kiram & MNLF Di Manila Didedahkan



Kota Kinabalu, 1 Mei 2013.

Salam seluruh rakyat Malaysia, kami ingin memaklumkan bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu bukanlah setakat menceroboh negeri kita, tetapi jauh dari itu Anwar, Tian Chua dan rakan-rakannya memang mempunyai Planning Gila.

Semasa saya di Davao City dan di Manila, selama lebih sebulan saya mencari bukti apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu.

Saya terpaksa memujuk, menunggu lama, membayar dengan wang saya sendiri untuk mencari maklumat ini, bukan saya tak mengharap polis Malaysia. Saya pun bekas polis, kelebihan saya boleh bercakap tagalong memudahkan kerja saya.

Semasa saya kecil, saya terbayang ibubapa saya berasal dari Filipina, selepas berjaya memohon kerakyatan Malaysia, hidup kami berubah dan saya berkata dalam hati saya, saya akan tolong Negara Malaysia ini jika dia susah kerana saya kenang budi Negara ini.

Akhirnya saya berjaya mendapatkan beberapa keping gambar Tian Chua, R. Sivarasa semasa berada di Manila, di Makati City dan di Ninoy Airport.

Saya berjaya mendapat 6 keping Gambar Tian Chua sedang berbincang dengan wakil MNLF dan wakil-wakil Kiram. Saya akan serahkan sendiri kepada pihak berkuasa Malaysia esok. Untuk mata rakyat Malaysia, saya tunjukkan satu keping gambar Tian Chua sedang berbaris di airport di Manila.

Saya mendesak kerajaan Malaysia menahan Tian Chua segera, kerana menurut orang yang saya jumpa di Manila, Tian Chua turut berjanji kepada MNLF dan Kiram untuk memberikan Wilayah Autonomi di Lahad Datu kepada Kiram. Manakalah wilayah Kunak dan Semporna kepada Nur Miswari (Nur Misuari).

Malah Tian Chua turut bersetuju untuk membayar setiap bulan Elaun DiRaja kepada Jamalul Kiram dan Nur Miswari jika Berjaya planning gila mereka itu.

Menurut dua tiga orang yang saya jumpa di Mindanao pula, sebenarnya mereka hanya hendak menakut-nakutkan kerajaan Malaysia supaya orang di Sabah tidak keluar mengundi, itulah arahan Anwar dan Tian Chua. Bila di Sabah tidak mengundi, Tian Chua kata mereka yakin akan menang di Semenanjung dan akan buat kerajaan.

Bila dah buat kerajaan kata Tian Chua, barulah mereka akan urus Sabah. Malangnya mereka tak sangka sampai berlaku pertempuran besar.

Banyak  lagi lah kalau saya cerita pengalaman saya di Mindanao dan Manila selama sebulan ini, panjang sangat saya mahu tulis. Kepada rakyat Malaysia, kamu semua tolaklah Anwar, Tian Chua dan Pakatan Rakyat.

Walaupun saya generasi kedua di Malaysia, saya tahu bersyukur. Inilah balasan saya kepada rakyat Malaysia dan Negara Malaysia. Saya harap saya dapat membantu kamu walaupun sedikit. Gambar perbincangan Tian Chua bersama 2 orang kawannya dengan wakil-wakil Kiram dan MNLF saya serahkan kepada pihak Polis besok.

Saturday 23 March 2013

Sivarasa & Tian Chua Bawa Wang Ke Manila Pada 7.2.2013

Anwar Turut Jumpa Nur Misuari Di Manila


Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. 

Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer  Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. 

Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi. 

Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013

Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. 

Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa. 


Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram 



RM 20 JUTA ANWAR BAYAR LAJIM

Ramai orang di luar sana tidak mengetahui bahawa Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, telah membayar Lajim sejumlah Wang RM20 Juta untuk melompat lagi kepada PKR. Info ini diberitahu kepada kami oleh Salah Seorang Pegawai Tinggi Lajim di Kementerian Perumahan…(Kinabaluboy akan ulas perkara ini kemudian). 

Maknanya, jika Anwar boleh bayar Lajim RM20 Juta supaya melompat parti. Maka anda teka berapa Jumlah Wang yang Anwar usahakan kepada Kelompok MNLF ini? 

Mereka hendak membeli sesiapa sahaja sekarang, bapa Saiful mereka beli, dan cubaan membeli Dato’ Eskay turut dibuat. Sekali lagi janji Buku Jingga Bapa Pengkhianat Negara Nombor 1, bukan sahaja Sabah malahan Sarawak juga mahu dituntut oleh Misuari. Maka terancamlah keselamatan Sabah & Sarawak. Di Sarawak, NDI melalui Global Witness yang dibiayai oleh (George Soros) yang merupakan penyagak matawang turut fokus kepada Sarawak, turut mengkucar-kacirkan negeri Sarawak. 

Isu ini Kinabaluboy akan sambung dua tiga hari lagi, krew strategik kami baru sahaja terbang ke Sarawak untuk mendapatkan maklumat eksklusif untuk anda. Sabah & Sarawak adalah fix deposit BN mereka hendak meruntuhkan secara kejam, pertumpahan darah dan menggadaikan negara.

Is Money An Issue? NO. Lihat kepada kesanggupan membayar bapa Saiful berapa juta!. Juga Offer membayar Dato Eskay any amaunt to any account in any country. Bermaksud unlimited budget ditaja oleh siapa? Bersambung…

Thursday 21 February 2013

#LahadDatu...konspirasi Anwar?

PAS Kelantan menerusi mulut Pesuruhjayanya, Nik Aziz dah keluarkan kenyataan sebelum ini bahawa PAS Kelantan akan menghalau orang-orang luar dari bertanding di negeri itu. Lebih tepat lagi, PAS sendiri akan membanyakkan calon mereka sendiri dan tidak akan menyerahkan kerusi selamat kepada PKR. 

Pada 26 Februari nanti, Anwar akan turun ke tiga kawasan iaitu Pasir Puteh, Bachok dan Machang untuk menampal semula kebocoran. 

Anwar dan PKR berada dalam keadaan yang sangat terdesak. Moral mereka telah jatuh teruk. Ke mana-mana sahaja Anwar pergi, sambutan untuknya sudah tidak seperti dahulu. Bahkan lebih ramai pula yang mengeji dan melahirkan tentangan secara terbuka terhadap Anwar Ibrahim dan para penceramah PKR. 

Dek kerana itulah, Anwar datang ke Kelantan selepas berjaya mendaratkan 'Tentera-Tentera Sulu' ke bumi Sabah. 

Untuk lebih lanjut sila baca SINI

Tuesday 19 February 2013

TAHNIAH ANWAR - THE NEW HUGUAN SIOU

HUGUAN TALOU

EMEL DARI ORANG KADAZAN-DUSUN, Kami tak dapat nak ulas sebab kurang faham budaya orang Kadazan-Dusun, Just sharing...

ANWAR IBRAHIM GANTI PAIRIN HUGUAN SIOU

Ulasan Hermes di dalam Borneo Insider bertarikh 11 Februari 2013, tindakan Anwar Ibrahim kasi gaduh orang Islam dengan orang Kristian semakin menjadi-jadi. Kenapa Anwar Ibrahim tidak senang dengan keharmonian dan perpaduan di negara kita.

Tindakan tidak siuman PKR Ranau mengurniakan Anwar Ibrahim anugerah suci 'Huguan Siou Malaysia', di Ranau mencetuskan Penghinaan kepada kita orang pribumi di Sabah khususnya orang-orang Kadazan-Dusun. Huguan Siou adalah Ketua Suci orang Kadazan-Dusun. Datuk Pairin Kitingan adalah Huguan Siou sepanjang hayat sejak tahun 1984 selepas Tun Fuad Donald Stephens. Kenapa Anwar yang kotor diberi lebih tinggu kedudukannya iaitu “Huguan Siou Malaysia”. Betul-betul Pakatan Rakyat ini sudah gila babi!

Soalnya Sucikah Anwar berbanding Pairin Kitingan?

Apakah Sucinya Anwar Ibrahim diberi penghormatan menggantikan Datuk Pairin Kitingan sebagai “Huguan Siou”! Anwar hanya seorang Mamak Penang dari Malaya, sedangkan Pairin orang Kadazan-Dusun ori.

Apakah Sucinya Anwar diberi anugerah suci orang Kadazan? Lihatlah mangsa-mangsa liwat Anwar seperti Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Mior Abdul Razak, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid. Seks ini lelaki dengan lelaki tau!

Pernah kita dengar Datuk Pairin Meliwat lelaki? Datuk Pairin seorang Kristian Katolik yang taat kepada agamanya, wajahnya lebih berseri berbanding Anwar, tiba-tiba Anwar dapat Huguan Siou Malaysia, Pairin mau letak mana?

Siapa tak kenal Anwar. Anak dara kah, bini orang kah, semua dia sapu. Kamu ceklah sendiri, sampai hari ini Anwar tidak berani saman perempuan-perempuan yang dipaksanya melakukan seks. Mangsa-mangsa Wanita Anwar seperti Shamsidar Tahrin (bini YB Azmin Ali), Norlaila Abdul Majid dan Soma Rodrigo @ Anne orang Portugis beragama Kristian seagama dengan kita pun Anwar gerodok. Sucikah ini macam?

Hari itu, kita ingat Anwar sudah bertaubat semasa disuruh oleh si Karpal Singh. Tapi tengoklah kes terbarunya, Saiful Bukhari pembantu mudanya pun dia hantam. Seorang lagi pembantunya Rahimi berkata kepada bapanya, “Nasib baik aku berhenti cepat, kalau tidak aku pun kena liwat”, itulah kata Rahimi kepada bapanya.

Integriti Anwar dan Integriti Pairin

Bukan pasal seks saja, Integriti Anwar pun bermasalah! Anwar juga paksa peguam-peguam supaya menipu Mahkamah, menipu semua orang. Cuba kamu bayangkan pengakuan bekas Peguam Anwar ini, “Saya ditekan oleh Anwar, Anwar suruh Azilah mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh Azilah mengaku bahawa Najib terlibat, Rosmah pun terlibat. 

Hasil siasatan yang saya buat sendiri, saya dapati tuduhan mengatakan Rosmah berada di tempat pembunuhan, di Puncak Alam, Shah Alam pada hari kejadian adalah fitnah. Bila saya semak, Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, berbuka puasa dengan anak yatim. Ada gambar dia, ada bukti.(Bekas Peguam Anwar,YB Zulkifli Nordin,Bentong,Pahang,3 Feb 2011)

Kata YB Zulkifli lagi, “Saya kata macam mana nak tuduh Datin Seri Rosmah yang bunuh Altantuya, bukti jelas dia bersama anak yatim malam itu, pada bulan Ramadan. Walaupun tiada bukti, Anwar tetap berkeras mengarahkan saya mencari bukti palsu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah.

Anwar paksa saya, “Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya. Akhirnya pada tahun 2009, Zulkifli meletakkan jawatan. Inikah manusia suci yang ditabalkan Huguan Siou!

Apa pula kata Hakim yang membebaskan Anwar pada tahun 2004 dulu: 

“Ketiga-ketiga hakim, termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar berkata Anwar dibebaskan tetapi mereka mengakui bahawa aktiviti Liwat memang berlaku. Penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan jelas menyebut Anwar seorang homoseks. Anwar dibebaskan kerana kekalahan teknikal di mana Azizan tidak dapat mengingati masa kena liwat dengan tepat. Inikah manusia yang mau jadi “Huguan Siou”! Pantang nenek-nenek kita melihat Huguan Siou yang punya perangai jelek dan buruk macam ini! Patutkah kita undi manusia seperti ini dan partinya dalam Pilihanraya nanti?

Si Jonathan Yasin ini pula, Ketua PKR Ranau dengan bangga menunjukkan dalam FBnya gambar Anwar pakai topi Kadazan Dusun dan kain 'Huguan Siou' sekitar bahunya dengan caption : "DS Anwar Ibrahim telah dinobatkan sebagai Huguan Siou Malaysia di Kg Paginatan, Ranau-10/2/13". 

Gila punya kerja! Ini betul-betul Huguan Sial punya orang!

Thursday 14 February 2013

KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

Rundingan ?

Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.

Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.

Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.

Sahabat Kamcing Anwar
Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.

"Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”) 
Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.

"Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).
Mereka Berkawan Sejak Sekian Lama
Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.

Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.

Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.

Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.

Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).
Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.

Seperti sebelum  ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara.

Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan Misuari)

Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

Sunday 27 January 2013

#RCI SABAH: JANGAN BUAT KESIMPULAN, TUNGGU HASIL SIASATAN.


Rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak perlu menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kesimpulan mengenai motif di sebalik pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing pada masa lampau. Ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku.

Sekiranya testimoni dari sesetengah pihak diterima bulat-bulat sebagai perkara sebenar, kita mungkin terperangkap dengan mempercayai sumber yang belum tentu sahih daripada satu hakikat kebenaran yang rumit. Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Perkara sebegini merupakan kebiasaan dalam siasatan yang dikendalikan secara terbuka dan berhemah.

Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu kontroversi yang telah menjadi perbalahan dalam politik di Sabah selama lebih dari tiga dekad. Langkah ini menunjukkan kesediaan Kerajaan untuk menerima kebenaran tanpa mengira implikasi yang bakal ditimbulkan. Kebenaran yang bakal terungkai dari hasil siasatan ini akan membebaskan penduduk Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dari keraguan dan syak wasangka yang telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan etnik di Sabah.

Namun demikian, dalam konteks ini, rakyat tidak seharusnya terlepas pandang mengenai satu aspek kritikal dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing; iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an. Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan.

Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan. Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud.

Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara. Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India  telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia.

Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran. Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiri dari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati.

Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara. Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.


Sunday 20 January 2013

#RCI : SIASAT SIAPA DALANG BAWA PENDATANG PAPUA NEW GUINEA, TORAJA & SOLOMON KE SABAH!

WAJAH ORANG-ORANG DARI KEPULAUAN SOLOMON SEMAKIN RAMAI DI SABAH
Ramai di kalangan kita hanya kenal Keningau kerana Ribut Greg yang menghancurkan bukan sahaja harta benda tetapi beribu-ribu nyawa. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa Pelampau-Pelampau Kristian yang dinaungi oleh Institute Devolopment For Sabah (IDS) yang diketuai Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika itu dengan dibantu oleh NGO-NGO Yahudi seperti NDI dan KF di German telah membawa masuk orang-orang Kristian di Keningau khususnya.


Di sebuah petempatan ulu, berdekatan kawasan Ribut Greg di Keningau, mereka ketika itu turut dibantu oleh Gereja-Gereja di Sabah yang kebetulannya kerajaannya juga diketuai oleh seorang Kristian, telah membawa masuk orang-orang Timor (dipanggil Om) dari Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Orang-Orang Toraja dari Sulawesi Utara yang beragama Kristian dengan tujuan untuk menjadikan negeri Sabah negeri Kristian dan agama Kristian menjadi agama Rasmi negeri Sabah.


ORANG PAPUA NEW GUNIEA BERAGAMA KRISTIAN DIPANGGIL "OM". SIAPA BAWA MEREKA KE SABAH, KINI SUDAH SEMAKIN RAMAI DI SABAH

Orang-Orang Toraja ini kebanyakannya tidak mempunyai agama di tanah asal mereka di Sulawesi Utara. Pelampau-pelampau Kristian di Sabah telah membawa mereka masuk ke Sabah dengan memperkenalkan bangsa ini sebagai  Bugis-Toraja. Walhal dalam bangsa Bugis tidak ada yang bernama Bugis Toraja. 

Kerana bangsa Bugis semuanya beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang-orang Melayu dan berasal dari Sulawesi Selatan. 


ORANG TORAJA DI SULAWESI UTARA YANG BERAGAMA KRISTIAN MENGAKU SEBAGAI BANGSA BUGIS DI SABAH UNTUK MENGELIRUKAN 
Sedangkan orang Toraja tidak beragama Islam, hanya berbahasa Melayu  dan juga mengamalkan sedikit-sedikit budaya orang Melayu dan berasal dari Sulawesi Utara. Mereka sengaja mengelirukan kita semua.

Suruhanjaya RCI Sabah telah lari dari tujuan dan skop mereka apabila memberi tekanan hanya kepada orang-orang Islam sahaja, walhal di sebalik semua ini pelampau-pelampau Kristian di Sabah, Gereja-Geraja di Sabah, NGO-NGO Kristian di Sabah, IDS dengan dibantu NDI, KF, Pertubuhan Kristian Asia Tenggara membawa masuk orang-orang Papua New Guniea, Kepulauan Solomon dan orang-orang Toraja dari Sulawesi Utara untuk meramaikan orang Kristian di Sabah!

RCI , jika kamu mendiamkan diri akan hal ini, kami boleh beri kamu nama-nama mereka yang mendapat IC melalui gerakan Kristian dan IDS semasa Datuk Jeffrey Kitingan!

Sumber Artikel: http://mymassa.blogspot.com/2013/01/rci-siasat-siapa-dalang-bawa-pendatang.html

Thursday 17 January 2013

#RCI: Bukti Kerajaan BN Telus



Penubuhan RCI itu membuktikan Kerajaan BN telus. Mana kerajaan dalam dunia ni "perfect". Sesuatu keputusan dibuat berdasarkan keadaan semasa. Contoh: Kalau Dr Mahathir dengar cakap IMF/Anuar masa krisis kewangan 1997/1998 Malaysia dah lama lingkup dan dunia "perniagaan" yg rata-rata diceburi oleh kaum cina mungkin "hancor". 

Isu pendatang tanpa izin diSabah wujud sejak Malaysia belum ditubuhkan, bukan cerita baru. Cuma bezanya kerajaan Philipina tak ambil kisah nak selesai masalah tu. Jadi bila Sabah jadi sebahgian Malaysia, kerajaan BN terpaksa 'perah otak' nak selesaikan. 

Cara mana? itu hak kerajaanlah asal jangan langgar undang negara.
Betul juga kata Tun. Masa PM pertama terima "bangsa asing" jadi warganegara tak ada siapa persoalkan. Kerana apa? Pasal ikut undang2 dan perlembagaan. Soal siapa nak sokong parti mana itu adalah hak mereka. Contoh lagi: Pada satu ketika pelarian Brunei diberi suaka politik diMalaysia oleh kerajaan BN. Bila mereka dah jadi warganegara M'sia dan berkahwin dengan orang tempatan, ada yg menjadi ahli dan penyokong PAS atau PKR. Salah ke?

 DALAM ISU RCI tentang pendatang tanpa izin di Sabah, jangan nak salahkan kerajaan BN je. Kerajaan nak cari penyelesaian dan bukan nak tambah masalah.

#RCI: Tiba-Tiba Azmin Ali Panas Punggung...




Sekarang sedang berlangsung siasatan Suruhanjaya Di Raja bagi isu pendatang asing di Sabah. Seperti yang kita semua sedia maklum, beberapa hari kebelakangan ini keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi banyak yang terkena kepada pihak kerajaan BN.

Apa lagi ???

Bersorak-sarailah juak-juak pembangkang menghentam BN dan Umno....

Tup....tup....tiba-tiba sahaja semalam si lelaki jamban PKR, Azmin Ali bersuara menyatakan ada percubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dalam penyiasatan yang sedang berlangsung.
Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.


"Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.

Pelik kan ???

Tiba-tiba Azmin mula terasa panas bontot.....

Kenapa hah ?

Hanya dia dan Anwar yang tahu kenapa mereka gelabah.....

Sebelum nama Anwar Ibrahim dan namanya keluar adalah lebih baik dia beritahu awal-awal bahawa nama Anwar akan dikaitkan. Bila keluar nama mereka nanti, maka cepat-cepatlah dijawab itu semua fitnah....fitnah....fitnah....

Min....kalau tak makan cili jangan bimbang  pedasnya tidak akan terasa.....


#RCI Di Sabah

Petikan dari Mymassa.....

1. ISU Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah telah dibangkitkan sekian lama oleh banyak pihak baik oleh komponen BN di Sabah mahupun parti-parti pembangkang seperti SAPP.

2. Mymassa telah memulakan kajian di mana terdapat Kekeliruan yang sengaja diapi-apikan oleh pihak-pihak tertentu khususnya semasa mencari jalan penyelesaian isu ini. Mymassa dapati di antara kekeliruan yang tidak dinyatakan dengan jelas adalah seperti berikut :-

PEKERJA ASING
Di Sabah khususnya dalam bidang Perladangan Kelapa Sawit, Koko atau Getah, hampir 100% pekerja buruh ladang-ladang tersebut daripada menanam, membaja, membersihkan, mengambil hasil, pemandu lori dan sebagainya adalah pekerja asing. Mereka ini khususnya dari Indonesia, Filipina dan sedikit dari Nepal, Mynmar dan Bangladesh.

Dalam bidang bangunan konkrit seperti tukang kayu, simen, membuat bangunan, dan seumpamanya kebanyakannya dari Filiphina dan Indonesia.

Bagaimana mereka datang? Kebanyakan mereka datang melalui agen-agen pekerja asing yang terdapat di Sabah dan juga di luar negara. Kebanyakan mereka ini mempunyai pas pekerja asing yang dibenarkan. Di Sabah, jika semua Pekerja Asing dihantar balik, nescaya Malapetaka Ekonomi akan berlaku di mana kilang-kilang sawit akan ditutup, ladang-ladang akan musnah tanpa hasil, dan ianya akan menjejaskan ekonomi negeri Sabah. Tidak percaya? Anda boleh membuat kajian sendiri di sana.

Maka desakan-desakan oleh pihak tertentu dikira tidak rasional dan hanya berbunyi emosi. 

PENDATANG ASING
Isu yang besar ini juga perlu diperhalusi. Negeri Sabah yang bersempadan dengan negara Indonesia dan negara Filipina, samalah juga keadaannya dengan Negeri Kelantan dan Perlis yang bersempadan dengan negara Thailand.

Apakah orang Melayu di Narathiwat, Patani dan Satun yang mempunyai keluarga di Kelantan, Kedah dan Perlis yang merentasi sempadan setiap hari sepertimana di Sg Golok layak digelar Pendatang Asing, atau pelawat keluarga dan sebagainya? Bagaimana dengan orang Cina di Singapura yang setiap hari melawat keluarga mereka di Johor.

Apakah perniagaan Barter Trade yang masih popular di Tawau misalnya, orang Indonesia menjual pisang, ubi, sayur, koko, kelapa sawit ke Sabah, sebaliknya orang Sabah menjual minyak masak, gula, beras dan sebagainya, hendak dikategorikan bagaimana?

SAPP terutamanya perlu juga membuat Kajian Terperinci berapa ramai orang Cina dari negara China, Cina Taiwan khususnya Cina Indonesia yang datang ke Sabah, menetap di Sabah, berniaga di Sabah, menjadi rakyat Sabah cara bagaimana dan akhirnya anak cucu mereka menjadi rakyat Sabah yang mereka sembunyikan daripada dipersoal, dikaji dan dicartakan jumlah mereka? 


Jika anda ke gereja-gereja di Sabah hari ini, didapati wajah-wajah yang asing bukan Kadazan, bukan Cina Sabah, asing sekali wajah dan tutur kata mereka dengan masyarakat tempatan Sabah. Dari manakah pula mereka, mereka seperti orang Timor Timur, ada yang menyebutnya sebagai bangsa Toraja, Om, Cina bukan Cina Sabah dan sebagainya. Mereka ini pernahkah anda dengar mereka persoalkan khususnya parti SAPP yang begitu rakus menjadi hero berat sebelah?

Jika mereka bercakap dari sudut Sejarah, mereka patut pergi mengkaji di Universiti-Universiti di Belanda di mana banyak tersimpan manuskrip-manuskrip lama sebelum British menjajah Sabah. Ketika itu, daerah Tawau dan Sabah, dalam kajian beberapa pensyarah UMS dan pengkaji luar dari Australia dan Belanda, menunjukkan sebelum British menguasai kawasan Pantai Timur Sabah, kawasan-kawasan itu sudah pun mempunyai Pentadbiran Sendiri yang diketuai oleh orang-orang Melayu dari suku Bajau, Banjar dan Bugis. (Kita akan kupas Thesis tersebut selepas ini). 


Realiti semasa
RCI di Sabah patut melihat dari pelbagai aspek yang lebih tepat, contohnya jika terdapat warga asing yang baru sampai di Sabah sememangnya mereka adalah warga asing. Tetapi jika warga asing itu mempunyai keluarga di Sabah kerana kedudukan geografi yang bersempadan sebagaimana orang Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis, maka kajian, jumlah, demografi, dan sejarah mereka perlu diperjelas dengan lebih tepat.


Di Sabah, anda tidak boleh bercakap hanya orang Islam Indonesia atau Islam Filiphina sahaja perlu disiasat dalam RCI itu. Anda juga mesti meminta RCI menyiasat dengan lebih telus pendatang-pendatang Cina dari China, Cina Taiwan, Cina Indonesia, orang Timor-Timur dan seumpamanya? 

RCI juga perlu menjelaskan di dalam laporan mereka berapakah Jumlah mereka yang telah memohon menjadi Warganegara Malaysia dan berjaya, dan berapa yang gagal? Ketelusan penting, kerana kita tidaklah hendak hanya didesak, dituduh dan diputarbelitkan walhal hakikat sebenarnya tidak sebegitu.

Adakah SAPP mempunyai Data orang Cina dari China, orang Cina Taiwan dan Cina Indonesia yang sudah menjadi rakyat Sabah dan mengundi? Kalau tiada minta SAPP tutup mulutlah, semua orang pun tahu asal-usul Presiden SAPP...