Thursday 14 February 2013

KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

Rundingan ?

Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.

Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.

Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.

Sahabat Kamcing Anwar
Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.

"Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”) 
Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.

"Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).
Mereka Berkawan Sejak Sekian Lama
Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.

Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.

Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.

Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.

Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).
Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.

Seperti sebelum  ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara.

Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan Misuari)

Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?

24 comments:

  1. temberang sja ni blog. Andaian dan fitnah semata mata. Naa ini pun andaian juga.

    Pencerobohan tentera Moro di Lahad Datu seperti telah dirancang.

    Penceroboh menuntut supaya mereka;
    - diiktiraf sbg askar Diraja Kesultanan Sulu
    - tidak mahu kerajaan Malaysia menghantar balik orang keturunana Sulu ke Filipina.

    Di Sabah, siapakah yang mengiktiraf dan menabalkan dirinya sebagai waris sultan sulu pada 2 Febuari, 2011 di Likas selain dia juga menentang penubuhan RCI untuk menangani PATI diSabah?

    Ada kebarangkalian bahawa Akjan dan kumpulan penceroboh bangsa Moro ini saling berkaitan.

    ReplyDelete
  2. blog ini ada lah satu penipuan .........ini lah muslihat BN / UMNO
    ........ndak mau kalah .... sanggup berbuat begini

    ReplyDelete
  3. uinaaa.... mengarut betul kau ni. pandai2 saja mengarang, membuat andai dan memfitnah orang. blog pembuyuk !!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. anwat tertekan krn kerajaan BN berjaya mngusahakan perdamaian di selatan Filipina sehingga diiktiraf diseluruh dunia. bg mencemarkan imej ini, sudah tentu pkr sbgini x mustahil berlaku kpd insan yg dibantu oleh yahudi dr belakang.

    ReplyDelete
  5. Siapa tiak kanal ni Anwar sial. Mau mengaku jadi HUGOUN SIOU. memang bikin malu sama kaum KDM. Ko kira sanang2 ka mo pakai tu gelaran. Perangai macam haramjadah mau pakai gelaran suci kami. Kalau ko pakai HUGOUN SIAL atau HUGOAN TALAOU ngam laaaa. Patut kasi SOGET ni Anwar Ibrahim, tiak tau malu. Rupa2 nya pengkhianat orang sabah ni orang.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Ala Datuk Seri Najib ni pun lebih kurang juga. Skandal hisap duit banyak betul. Bini pun satu. Semua duit.

    lepas tu ada penglibatan pembunuhan altantuya. Perangai sama macam president philippines dahulu, Ferdinand marcos and wife Imelda.

    our leaders pun satu. Bila Huguon Siou mau buat kenyatan condemning the moro invader? Lepas orang sabah mati? Pemimpin.

    ReplyDelete
  8. How dare you call yourself MRKINABALUBOY if you dont give a damn about Sabah? I Dare You To Face Us Real Sabahan! Talk like a real Kinabalu Man. We'll prepare you a seats, a hall for a speech. You're just a racis type Sabahan. I dare you To Face Us Real Sabahan 3'rd l of March 10:00am Gaya Street Stage. We'll give you a mic, a seat, an audience for you. There, you can start your talk. Blogging about your racist stuff ain't gonna work in this millenium. It's 2013 dude, it's not 1995.

    ReplyDelete
  9. kalau kerajaan tiada...kamu rasa aman ke negara.... tdk merdeka ni negara... kalau semua orang tidak bersatu maam mana maw maju malaysia nie..sa sokong BN, bp da mampu pertahankan kemerdekaan selama 56tahun... daripada pembangkan hanya janji kosong jak....

    ReplyDelete
  10. Anwar aljuburi dh desperate.. Sanggup buat apa saja ging.. Nda heran pun. Tp seperti biasa, cai2 PR mana buli terima.. Semua BN salah.. Peace!!!

    ReplyDelete
  11. walahuallam...kita pn x taw kesahihan cerita ni...tapi harap2 x berlaku perkara yg tidak dingini...

    ReplyDelete
  12. Jadi silent riot dekat sabah tu time time usno kalah, BERJAYA kalah. Sampai meletup sini sana dekat Sabah, gara gara siapa? Anwar? Kejadian lanun ataupun tentera militant Jolo merompak bank dekat Lahad Datu tahun 1995? Macam manapun sudah terlampau banyak kes ni. Anwar juga? Hmmmm. Tutup kata, pemimpin sudah tukar tukar masih begini juga. Tukar Kerajaan teruslah kita tengok masih berulang ka ndak

    ReplyDelete
  13. Aku ykin pertemuan AI dgn NM adalah satu kbetulan saje > Anwar nk mintak Nur bkalkan ikanduyung masin favourit dia dan petai sabah > dan Nur pulak nk pinjam chainsaw Anwar!!

    Kalo aku 99.9% prcaya Anwar akn k Putrajaya, samalah jugak aku percaya yg dia ada d Ampang on 22/02/11 @ 22:41 sdg menikmati ikanduyung masin favourit dia > ni jugak satu kbetulan!!

    Small matter!!

    ReplyDelete
  14. bagi saya,asal bukan orang malaya...pemimpin malaya pasti ada agendanya sendiri untuk bangsanya di malaya dan partinya dan kedudukannya. bagus lagi saya sukung pemimpin dari kalangan tempatan sabah. mereka labih tahu keadaan kita di dalam sabah. satu perkara yang membuatkan rakyar sabah tidak percaya dengan janji2 orang malaya kerana. dahulu,antara satu sebab malaya mahu sabah srwk bergabung dalam malaysia adalah dengan alasan sabah srwk lebih selamat dan negara philipine dan indonesia akan takut menyerang kerana kita akan menjadi kawasan/negara besar dengan gabungan 4 buah negara. tapi kini,kita sudah lihat sendiri, bukan pula rasa selamat,malah kita disabah khususnya,masih lagi boleh ditembusi oleh pencoroboh negara luar seperti berlaku di lahad datu baru2 ini..mana janji2 pemimpin malaya yang menjanjikan sabah srwk akan lebih selamat selepas penggabungan??????..ini kalilah..saya tetap sukung pemimpin tampatan sabah...

    ReplyDelete
  15. BUKTI SUDAH ADA.. kenapa kerajaan Malaysia tak terus mendakwa DSAI dan terus humban DSAI dalam lokap? Jgn kasi can sama DSAI! Saya mencabar BE-END/UMNGOK dan SEKUTU untuk mengambil TINDAKAN SEGERA. Amacam ada berani? Spin cerita mengarut.. mau pancing undi murahan!

    ReplyDelete
  16. Kepada Ardi salasa, check balik asal usul m mungkin u ni bkn lahir di Malaysia, tapi dari Indonesia, atas ihsan kerajaan Malaysia u dapat IC.

    ReplyDelete
  17. Insaflah wahai pencacai2. Asal yang tak bagus jer semua kata BN dan UMNO. Jgnan diperalatkan oleh ketaksuban AlJuburi.

    ReplyDelete
  18. dia org sokong sbb dia org pun suka liwat jgk...

    ReplyDelete
  19. ada bnar ada tidak ... jgn buta dgn prmainan dunia ... ini adlh prmainan dunia ... ini smuany ade kaitan dgn israel .. rncgn utk bikin kucar kacir pnduduk d asia spaya mreka lbih mudh utk kuasai dunia ... kte xde bukti utk mnyalahkn sesapa ... jgn berani mnunding jari ... crmin diri kte sndiri ... klau kte d tmpt najib ... msti korg dh rse bgus sgt .. sdgkn rkyat caci korg mcm mne korg caci mereka ... jgn letak akal d kaki... skrg ni bkn mse utk mnyalhkn org tnpa bukti ... tp kta prlu bersatu ..smua kte xsmpurna sifat .. korg blh kte seseorg tu xbaik... sbb dye hri2 kuar tv ... korg buat silap x msok tv ... tp mmgate org mcm sndiri prfect ... we all smua kena bangkit bkn nk mngutuk ... n buatlh sbrapa byk kjian utk kprluan sndiri .. jgn tgk dlm negara je ...kaji sluruhny ... bru korg phm prmainnn catur dunia ini ... berdoalh utk keamann ... klaupun dunia ni xaman ... jgn risau ... dunia ni utk skjp je .. tp akhirat yg kekal abadi ... brbuatlh baik sblm trlmbt ... bykkn ibadat x kira agama ape pun kte .. -aku org srawak-

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Syabas Ordinary Girl. Komen yg bgs. Samada Sabah, Sarawak atau Tanah Melayu kita dah lbh 50 thn merdeka. Wawasan 2020 Negara dah kian hampir, dr segi metal dah sedia kah kita? percakaran dan saling memburukkan antara satu sm lain merugikan negara dan membuka pintu malapetaka memasuki negara. Fitnah memfitnah dan prasangka buruk berleluasa dan bgkan halal dlm msyrkt utk mencpai agenda masing2. Pegangan agama zahirnya ok tp yg tersirat hnya Allah yg maha tahu tp slalunya tak ok pun tp blh ditambahbaik.Kita harus bersangka baik sesama kita dan sentiasa meng'introsfeksi @ bermuhasabah diri spya segla kekuatan yg ada digembling utk negara tercinta ini. Hidup kita yg tak seberapa lama ni berpandukan peraturan samada agama,undang2,norma2 msyrkt mhpun budaya. Buka hati, buka minda, terokai ilmu pengetahuan, jgn hanya sedap bercakap tapi sebnrnya hnya "tin kosong". Tak baik menuduh seseorg jika kita tak ada bukti kukuh dan sohih berdasarkan hukum syarak. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah Nya kpd kita semua..aamiin.

    ReplyDelete
  23. Klu da semuanya hancur....masa tu ckp apa pun tdk guna...bersama la kita bersatu mempertahankan keamanan dan keharmonian negara yg kita nikmati selama ini...ayooo..buang yg keruh ambil yg jernih..bersatu kita teguh becerai kita roboh...selamatkan Malaysia.!!!

    ReplyDelete